Saturday, 28 January 2012

TAKUT MENUNGGU KEPUTUSAN SPM

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian , malam2 buta ni aku rasa rajin pulak nak tulis entry berkaitan dengan peperiksaan SPM tahun 2011...iaitu time aku exam haritu....huhuhu....okay nak crita ni....baca nehh !!^^


Tanggal 13/11/2011 iaitu tarikh yg sangat menakutkan bagi diri aku dan kawan2 yg sama umur dengan aku ....kenapa aku kata takut ...ya! ..tarikh itu adalah tarikh keramat yg menentukan masa depan kami sebagai budak form 5 (2011) ...pada hari itu , terlintas di pemikiranku yg mengatakan aku tidak bersedia lagi untuk menghadapi exam tersebut....TAPI!! semua itu harus ku lalui dan harus ku bertanggungjawab menyelesaikan soalan yg diajukan....!! guru yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan ialah berasal dari sekolah Keat Hwa dan Sekolah Seberang Perak ....tapi hatiku berasa tenang kerana guru yg bertugas adalah baik dan bertanggungjawab ...Dalam masa sebulan aku exam ...dalam hati ini selalu berkata " bilalah nak abis exam ni" .....selalu sangat!! huhuh!! 


Pejam celik , pejam celik , dah abis exam....hatiku berasa lega dan senang lah sedikit...sejurus menunggu keputusan SPM diumumkan...aku tidak lah jugak berasa takut atau gentar di dalam diri ...aku memegang kata2 ibuku " usah berasa takot , selalulah berdoa kepadaNya dan bertawakal lah nak" ....hurm...dalam pertengahan bulan tiga ni result SPM kan keluar...aku harap2 kan aku memperolehi keputusan yg memberangsangkan berdasar atas usaha aku selama ini ....insyaallah ...Amin ..^^


itu sahajalah yang boleh aku kongsikan kat korang ,
jika mahukan lagi, tunggu next entry yerr,
okaylah , mata dah mengantuk ni,
SELAMAT MALAM SEMUA !!
see you again yer...

IKHLAS DARI:
TALHAH COOL

SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Assalamualaikum.....fuhh hari ini aku menghabiskan masa aku untuk mencantikkan lagi blog aku ini....blog aku ini adalah sebahagian dari hidupku....aku amat sayangkan blog ini....aku telah menerjah beberapa blog rakan2 yg lain...fuhh memang terbaik lah blog diorang ...terutamanya blog http://www.lyssasecret.com , blog dia memang cantik...saya punn belajar tutorial dari beliau lah....saya kagum ngan dia....!!

okaylah , itu sahaja yg aku nak ceritakan kat korang...
aku harap korang sukalah blog aku ini ,
dan korang jangan lupa yups follow aku ,
coz suatu hari nanti aku nak tubuhkan satu
pertandingan blog yg dianjurkan oleh aku sendiri,

lagipun aku nak bagi maju jer blog aku ini,

bukan nak cari populariti ke ape ke?

hanya untuk suka2 aje,

okaylah,

sekian dulu untuk hari ini , jika ada peluang kita akan berjumpa lagi yeps !! ..bye ...assalamualaikum..

IKHLAS DARI:
TALHAH COOL



SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Kali ini aku nak kongsi resepi ngan korang.....resepinya ialah kuih bahulu ....aku cukup suka lah kuih bahulu sebab kuih ni lembut dan sedap bila dimakan...apa2 pun aku nak buat resepi kat bawah ni.....selamat membacanya k...(:

Cara-cara membuatnya :
Bahan-bahan:
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1/2 kilogram tepung gandum
Sedikit minyak.

Cara menyediakan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven tapi jangan terlalu lama, agak-agak hangat.
7. Bakar pada suhu bakar 200C sehingga bahulu kekuningan.




SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Assalamualaikum...hari ini aku rasa aku nak update pasal resepi kuih muih lah...huhu,...kuih raya yg bernama kuih samperit...ha!! samperit ini memang kuih feberet aku...okay di bawah ini ade resepi nak buat kuih tersebut...

cara-cara membuatnya:
  bahan-bahan:

1 cawan mentega
¾ cawan gula halus
1 biji telur
1 camca teh Vanila
Secubit garam

 Satukan:
1 ½ cawan tepung jagung
¾ cawan tepung gandum
¾ cawan tepung kastad
1 camca teh baking powder

cara-cara:
Pukul mentega dengan gula hingga rata. Masukkan telur & vanila dan dikacau lagi
hingga sebati.Masukkan tepung-tepung yang telah disatukan & garam sedikit-sedikit ke dalam adunan & gaul hingga habis.Akhir sekali diterap dan bakar dengan suhu 170'C






SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Hye!! Peace Yaw (:

Assalamualaikum kawan-kawan ku yg dikasihi ....hari ini dengan langit yg mendung aku berasa rajin la pulak nak tulis entry berkaitan dengan "CIRI-CIRI YANG ADA PADA DIRI PELAJAR CEMERLANG" ..mesti tahun ini ramai yg nak ambil SPM kan ....aku syor kan korang baca lah entry ni nehh ..

okay !! 

Kita selalu dengar pepatah Melayu berkata "sediakan payung sebelum hujan"betul tak? betul kan!! Pepatah Melayu ini mempunyai nilai yg tersirat yg begitu mendalam. Oleh itu, untuk melakukan sesuatu perkara kita perlulah bersedia terlebih dahulu ! betul tak ..huhu ^^   Orang yg sentiasa bersedia akan menghadapi sesuatu kemungkinan yg datang dengan mudah !! ..Okay lah ...ceramah banyak2 punn x guna juga kan..huhu...

okay sila baca satu persatu apa yg aku tulis ini nehh !!

Berikut adalah ciri-ciri pelajar cemerlang :


1. Kita perlulah sentiasa yakin pada potensi diri untuk menempah kejayaan dalam pendidikan ...Jika kita mempunyai sifat tersebut ... kita akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perbuatan ..
2. Kita perlulah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yg menjadi harapan kepada agama, bangsa dan negara ...betul tak .!! aku rasa betul !! contohnya , cikgu beri homework kepada kita ...kita perlulah bertanggungjawab menyelesaikan tugas yg diberi ...itu ape yg sya rasa lah...uhuhu ^^
3. Kita perlulah memberi tumpuan yg sepenuhnya kepada pelajaran yg kita ambil dalam kelas ....sebagai contohnya, jika kita tidak memberi tumpuan di dalam kelas ketika cikgu sedang mengajar ? Adakah kita dapat menguasai ape yg cikgu ajar ...betul tak ...!!
4. Yang ini aku rasa penting lah ...kenapa penting ? ya!! Kita perlu membuat persediaan awal tidak kiralah ujian @ exam ape yg akan ditempuh ....kerana dengan kita buat persediaan awal kita akan berasa senang untuk menjawab soalan yg diberi ....!!
5. Mempunyai peralatan alat tulis yg mencukupi ...( cikgu aku ada kata ? alatan tulis melambangkan senjata yang kita bawa untuk ke medan perang ,...kerana kita akan berperang dalam mengejar impian dan cita-cita. ....betul tak....fuhh tertarik gila dengan ape yg cikgu aku katakan ..huhu...mereben sudaaa ..hahah!! 
6. Setiasa menepati masa ..dan jangan kerap ponteng sekolah ..kerana kita akan ketinggalan ape yg dipelajari di sekolah...!!
7. Sentiasa menghormati guru kita....guru ibarat ibubapa kita disekolah kita kan.....so kita perlulah kormati guru kerana beliau lah yg memberi ilmu kepada kita...!!
8. Sering membuat " study group " .dengan kita membuat study group kita dapat berkongsi pendapat antara satu sama lain ....ini boleh mempercepatkan proses untuk memahami pelajran yg kita tidak tahu...betul tak kawan2....huhu !!
9. Hujung2 minggu korang tidak melakukan ape2 kan ? ...aku syorkan korang pergilah ke perpustakaan awam ...kerana disitu adalah tempat gedung ilmu ....bnyak ilmu yg boleh korang perolehi disitu kan ....^^
10. Membaca surat2 kabar yg ayah korang beli itu ...huhu,...kerana dalam surat kabar itu bnyk informasi terkini yg korang boleh dapt....seterusnya korang boleh jugak guna ayat2 yg ditulis untuk subjek BaHASA Melayu korang...huhu...!!
11. Kurangkan menonton televisyen kerana program2 yg ditayangkan banyak memberi efect dalam diri ....jika hendak menonton punn...tonton lah rancangan yg mendatngkan kebaikan dalam diri dan boleh memperolehi ilmu ...ini amat penting kerana otak kita dapat menangkap apa yg kita lihat dan perasaan ingin cuba itu bermain difikiran ...betul tak .!!
12. Menyediakan jadual waktu untuk korang study dirumah ...ini dapat memenuhi masa lapang korang dengan mengulang kaji pelajarann ....daripada berpoya2 di Pekan Rabu , City Plaza , dan tempat2 yg sama waktu denganya ...huhuhu!!
13. Sentiasa ikut program2 motivasi atau seminar yg diajurkan oleh pihak sekolah ...!!
14. Dan yg akhir sekali ....perlulah menjadi pelajar yg berdisiplin dan ada jati diri yg boleh membawa kita ke zon selesa untuk menghadapi peperiksaan yg akan ditempuh ....insyaallah !!!

Itulah yg boleh aku tulis dan aku harap korang bolehlah manfaatkan ape yg ditulis yeps!!
[masa masih ada , jangan sia-siakanya ]
"kerana masa itu emas "
 
tidak terlambat untuk aku ucapkan selamat menghadapi peperiksaan awam pada tahun ini!
moga sukses selalu...dan dapat mengharumkan nama sekolah dan nama sendir di persada antarabangsa ...insyaallah ....amin !!
 
MOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN
YANG NAK AMBIL UPSR MOGA DAPAT 5A

YANG NAK AMBIL PMR MOGA DAPAT 9A YEPS!!

YANG NAK AMBIL SPM MOGA KORANG DAPAT A+ OKAY !!
CHAIYOK , CHAIYOK , CHAIYOK


INSYAALLAH !!!

IKLAS DARI:
TALHAH COOL





SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !


PostKEHEBATAN CINTA

[center]Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?
[img][/img]

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

[img][/img]

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu? 

[img][/img]

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu..... 

Renung renung kanlah !!!
p/s: entry kali ini adalah dipetik dari satu laman web ... adalah untuk tontonan umum dan kita sama2 lah ambil iktibar yg telah berlaku di dalam dunia zaman sekarang ini ...renungkanlah ....^^


SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...