Mula-mula akulah orang yang paling malas nak terjah masuk blog orang , tapi bak kata kawan-kawan aku , kita kalau dah buat blog, kenalah rajin terjah masuk blog orang dan tinggalkan jejak di shoutbox orang , sebab apa blogger perlu buat macam tu , kerana apabila kita meletakkan jejak kita di shoutbox , tuan punya blog mesti baca punya apa yang kita luahkan dalam shoutbox kan .. kalau time tu dia rajin , maybe dia follow kita kan .. maybe lahh .. satu lagi , aku suka follow blogger-blogger yang lain dan selalulah jugak promot blog aku walau di FACEBOOK mahupun TWITTER . Facebook dan twitter kan meluas , bagi yang friendlist dia tu beribu-ribu , lagi untung nak membuatkan blog jadi maju .. Tapi itu semua tidak boleh dipaksa , ikut individu masing-masing , kalau dia rasa nak follow , mungkin dia follow , tapi aku relax je. semua aku follow .. tak memilih sangat !! hehe ..
Okaylah kepada blogger-blogger yang dikasihi , sama-sama lah kita majukan blog kita , samada blog kita isinya tentang diri kita dan sebagainya . Bagi new blogger , rajin-rajin lah masuk blog orang dan rajin-rajin lah follow mengfollow yer . Jangan kita tunggu je orang nak follow kita , almaklum tak lah kan .. Dan satu lagi , cantikkan lagi blog kita , ini supaya memudahkan para tetamu untuk masuk blog kita berkali-kali ,, betoi dak ??
Okaylah , perut aku dah mula bernyanyi lagu ombak rindu ni .. puasa hari ini , rasa lapar lahh .. hurm ,, apa boleh buat kena bersabar lah sampai waktu berbuka .. !!
Kepada semua mulimin dan muslimat ...
dan juga kepada rakan blogger semua , moga puasa tahun ini memberi seribu satu makna buat kita bersama .. Insyaallah ..
p/s : KITA JUMPA DI ENTRY YANG LAIN . BABAI . ASSALAMUALAIKUM !!!