Tuesday 16 October 2012

TANDA-TANDA KEMATIAN


Assalamulaikum , dan selamat petang , entry hari ini berkaitan dengan kematian , semua orang takut mati kan !! tapi mati adalah benar , semua makhluk di muka bumi ini pasti akan mati ... okaylah , di sini saya ingin berkongsi kepada semua tentang TANDA-TANDA KEMATIAN yang pasti akan berlaku kepada kita semua .. !! 

• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran a

tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..



SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA . DAN SAMA-SAMA LAH KITA MENGINGATI AKAN KEMATIAN YANG PASI AKAN BERLAKU !!! 

SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Thursday 16 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

PART 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,
 rasa happy sangat lah nak tulis entry harini , 
entry hari ini berkaitan dengan sambutan menyambut hari kemenangan bagi umat islam iaitu Hari Raya Aidilfitri.
 Bermulalah cerita !!!!

Pejam celik , pejam celik , dah nak raya kan , cepat benar masa berlalu , Aku pun dah tak sabar nak balik kampung ni , aku belajar dekat Sungai Petani,  Kampung halaman ku di Alor Setar jer .. umah tok aku ya la kat pahang .. tapi tahun ni keluarga kami plan nak beraya di kampung belah ayah jer di Kedah .. Raya haji kot belah mak pulak .. huhu.. Kawan-kawan aku kebanyakkan dari Selangor , Kelantan ,Perak , Terengganu , Johor, dan lain-lain. Mesti best kan balik kampung dalam perjalanan yang jauh , Moga-moga  mereka selamat sampai ke destinasi yang ditujui , Amin ...  

Kejap lagi , tiba lah pulak turn aku nak balek kampung , rindu giller kat mak ayah .. tak sabar rasanya .. tak sabar nak beraya rumah kawan-kawan , nak makan banyak-banyak , nak kutip duit raya =,= .(beso dah) . hehe .. tapi raya tahun ini bagi aku kurang sikit meriah sebab assignment banyak la pulak kena siap .. heheh .. tapi apakan daya itu sudah tanggungjawab sebagai seorang pelajar, kan .. so kena siap jugak lahh .. dont worry be happy .. raya-raya jugak , assignment kena siap lah .. huhu .. berbalik kepada cerita raya ni .. setiap kali aku dengar lagu raya berkumandang di corong-corong radio , mesti rasa berbuak-buak dalam diri ni , rasa semangat giller nak raya , aku rasa korang pun begitu jugak kan !! .. ==' ..lagi-lagi time pengumuman raya di televisyen , lagi best , kan .. hahah .. (berkumpul ramai-ramai depan TV --> bersedia --> bila dah umum --> jerit --> lompat tinggi-tinggi --> pastu sorak "esok raya esok raya" )... best la kan , menanti saat itu .. hahaha ... 

Bila time malam raya pulak , dengar pulak takbir raya berkumandang , perghh .. best siot .. tapi !!! bila aku dengar takbir , rasa sayu jer dalam diri ni .. teringat pulak kat tokwan aku yang sudah lama meninggalkan kami .. biasanya kalau raya , mesti best kalau tokwan ada sekali , tapi apakan daya , itu semua sudah tertulis , yang hidup pasti akan mati .:(. moga roh tokwan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman .. Amin Ya Rabbal A'lamin ... !!

Okay lah , setakat itu dulu cerita untuk part yang pertama , tunggu selepas raya iaitu part yang kedua pulak muncul .. hehe ..  


DI KESEMPATAN INI , SAYA SEBAGAI TUAN RUMAH INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA BLOGGER-BLOGGER YANG SAYA HORMATI , SERTA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG MENGENALI SAYA DAN KEPADA KAWAN-KAWAN KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA - WAKIL PEMASARAN - SEKOLAH PEMASARAN FAMA TAHUN 2012 . 



p/s : tunggu next part yer .. :) 

Terima Kasih ^^






SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Friday 3 August 2012

SEGMEN UP FOLLOWER BY LIEYA SYAIRA

Assalamualaikum dan salam sejahtera .. 

Hari ni aku join satu lagi  segmen untuk up-followers blog
by Lieya Syaira .

Macam best jer .. so , korang-korang pun boleh join .. 

cepat-cepat selagi peraduan masih ada .. 





p/s : Nak join sila klik sini .


JOIN JANGAN TAK JOIN

SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Segmen : Up Followers Blog + Twitter By AimanAziz



Assalamualaikum dan salam sejahtera , rasanye hari ini aku nak join la segmen nie .

macam best jer .. 

mudah jer nak join , semua boleh join , tapi yang ade blog jer nuh .. haha !!






Link blog : http://talhahhassan.blogspot.com/ - 64 Followers
Link twitter : https://twitter.com/Tal_smilealways - 510 Followers

p/s : kalau nak join sila klik sini .

JOIN JANGAN TAK JOIN .



SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Thursday 2 August 2012

TERJAH , FOLLOW , PROMOT

Assalamualaikum dan salam sejahtera , petang ni aku rasa rajin lah pulak nak blogwalking , semangat nak bukak blog katakan !! haha .. dengan menahan lapar dan dahaga ni , apa salahnya meluang masa bersama blog tersayang .. hehe .. entry kali ini , aku nak cerita lah sikit apa yang aku buat harini tuk blog aku .. hehe ..^^

Mula-mula akulah orang yang paling malas nak terjah masuk blog orang , tapi bak kata kawan-kawan aku , kita kalau dah buat blog, kenalah rajin terjah masuk blog orang dan tinggalkan jejak di shoutbox orang , sebab apa blogger perlu buat macam tu , kerana apabila kita meletakkan jejak kita di shoutbox , tuan punya blog mesti baca punya apa yang kita luahkan dalam shoutbox kan .. kalau time tu dia rajin , maybe dia follow kita kan .. maybe lahh .. satu lagi , aku suka  follow blogger-blogger yang lain dan selalulah jugak promot blog aku walau di FACEBOOK mahupun TWITTER . Facebook dan twitter kan meluas , bagi yang friendlist dia tu beribu-ribu , lagi untung nak membuatkan blog jadi maju .. Tapi itu semua tidak boleh dipaksa , ikut individu masing-masing , kalau dia rasa nak follow , mungkin dia follow , tapi aku relax je. semua aku follow .. tak memilih sangat !! hehe ..

Okaylah kepada blogger-blogger yang dikasihi , sama-sama lah kita majukan blog kita , samada blog kita isinya tentang diri kita dan sebagainya . Bagi new blogger , rajin-rajin lah masuk blog orang dan rajin-rajin lah follow mengfollow yer . Jangan kita tunggu je orang nak follow kita , almaklum tak lah kan .. Dan satu lagi , cantikkan lagi blog kita , ini supaya memudahkan para tetamu untuk masuk blog kita berkali-kali ,, betoi dak ??

Okaylah , perut aku dah mula bernyanyi lagu ombak rindu ni .. puasa hari ini , rasa lapar lahh .. hurm ,, apa boleh buat kena bersabar lah sampai waktu berbuka .. !!

Kepada semua mulimin dan muslimat ...


dan juga kepada rakan blogger semua , moga puasa tahun ini memberi seribu satu makna buat kita bersama .. Insyaallah .. 

p/s : KITA JUMPA DI ENTRY YANG LAIN . BABAI . ASSALAMUALAIKUM !!!



SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Monday 30 July 2012




SELAMAT BERBUKA PUASA BLOGGER-BLOGGER SEMUA 
JANGAN LUPA BACA DOA YER .


SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Saturday 28 July 2012

SELAMAT HARI LAHIR NAEIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera , apa khabar semua , mesti korang rasa bila masuk blog ini , benda yang sama je kan , mesti punya!!Almaklumlah sekarang nie sebuk sikit , hehe , Dah lama rasanya tak blogwalking blog ni kan !

Okaylah , malas nak panjangkan cerita , entry kali ini berkaitan dengan befday seorang senior kami iaitu Naiem , beliau ialah student School Of Marketing (S.O.M) tahap 3 senior . Befday dia kali ni rasanya paling best la kan, bak kata kawan-kawan dia . Pada suatu malam ni, kawan-kawan dia mengadakan satu suprise kat dia , benda ni, si naeim sendiri tak jangka akan berlaku, First sekali si Naeim ni dikejar oleh kawan-kawanya , lepas itu dia diikat dengan  tali dan dibawa ke kelas untuk memulakan uapacara . hahah . Saya sebagai juru kamera malam tu pun turut sama dalam upacara itu. Nak dipendekkan cerita , selepas selesai makan kek , Si Naeim dibawa ke padang bola , dia diikat pada sebuah tiang di situ ,

Semua ini sebenarnya dirancang oleh kawan baiknya iaitu Abdul Rahman Ahmad Munawwar yang dikenali sebagai Rahman , dialah yang rancang semua ni . Tok dalangnya ialah Salehuddin yang dikenali sebagai Din . haha , Selepas itu , si Naeim dimandikan dan dibasahkan bajunya terlebih dahulu supaya memudahkan kerja untuk menampal tepung dimukanya . haha , Mula-mula tu kesian lah jugak bila tengok , tapi itu semua hanya kenangan yang tak dapat dilupakan kan . Betoi tak Naeim . heheh . Setelah bajunya basah disimbah air , barulah anak buah Rahman memulakan tugasnya menampal tepung gandum di muka , badan , dan kaki Naeim . Naeim meronta-ronta nak lari , tapi apakan daya , tangan dan kaki sudah diikat . haha .

Setelah seluruh badan Naeim keputih-putihan , Si Rahman mengeluarkan air yang sudah diperap selama 3 hari oleh Din . Korang nak tahu air itu dicampur apa ?? Nak kan, nak kan , nak kan, hahah , air yang dicampur cencaluk @ budu , tepung , abu rokok , dan bahan-bahan yang sama waktu dengannya . hahah . Serius aku habaq , memang busuk air itu sampai si Amir muntah berkali-kali . ha!! Korang nak bau air itu ,nak tak!! try lah korang campurkan bahan-bahan tadi , lepas tu perap 3 hari , tahulah baunya macam mana ? hahah . Naeim meronta-ronta akibat kebusukan air tersebut . Kesian gila tengok dia . HAHAHA .. lebih kurang 20 minit macam tu lah kawan-kawan dia kenakan Naeim.

Lepas tu , yang si Hasif ni dok gelak-gelakkan Naeim , tengok-tengok Hasif pula jadi mangsa keadaan pulak .. Depa kejar Hasif yang berpakaian baju T dan kain pelekat time tu . jenuh gelak kami dibuatnya . hahahah. tapi usaha Hasif tidak berjaya , mereka dapat kejar Hasif disebabkan Hasif terlanggar satu tiang di kawasan yang agak gelap . hahaha . dia juga dibawa ke tengah padang dan diikat bersama Naeim . Sekarang dah ada dua mangsa . hahahaha . mereka buat perkara yang sama dekat Hasif seperti Naeim. Aku time tu tengah pegang kamera , kalau tidak aku pun bakal jadi mangsa keadaan sekali pa !!hahaha , Setelah semuanya selesai , kami semua beredar dari kawasan tersebut membiarkan mereka berdua , TAPI !! ikatan itu berjaya dilepaskan dan Hasif dan Naeim terus mengejar kami untuk membalas dendam . Tunggu apa lagi , kami lari lintang pukang la jawabnya , Aku yang juru kamera ni pun , lari . sebab aku nampak mereka macam hantu pun ada , putih satu badan . mau tak lari . hahaha ..... Sebahagian sembunyi dalam dorm , sebahagian lagi masih berlari-lari diluar akibat dikejar oleh Naeim dan Hasif .. Aku bernasib baik hari itu , tak dikejar oleh mereka , sebab aku tukang rakam apa yang terjadi saja . hahaha .. Encik Fauzi pun lari, haha , lepas tu Encik Fauzi beri arahan supaya upacara ini diberhentikan . Takut perkara-perkara yang tidak diingini berlaku , Upacara kenakan Naeim berhenti dalam pukul 1 lebih macam tu lah .. Memang happening sungguh malam tu , kenangan yang tak dapat dilupakan lah buat si Naeim mahupun kami semua .

Okay , ini lah gambar-gambar yang sempat aku ambil . Selamat ketawa !!!!!

Inilah kek befday Naeim :)


Yang baju oren tu lah Rahman, penganjur upacara ini , dan itulah Naeim mangsa keadaan .  Putih satu
badan kan . hahaha

Yang pakai kain pelekat tu lah Hasif , mangsa keadaan time tu , pun kena ikat bersama Naeim . hehehe


Air yang dalam baldi tu lah , yang dikatan busuk tu , bau die perghhhh ,  paham-paham jo lahh !!!

Yang baju hitam tu lah Din , Tok Dalang . hahaha.. 

p/s : entry kali ini khas untuk Naeim Ibrahim sebagai kenangan yang tak dapat dilupakan . Segala kekurangan adalah dari saya sendiri dan perlu diperbaiki lagi . Kita jumpa di entry yang lain , sekian ~

SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...