Saturday 28 January 2012

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Hye!! Peace Yaw (:

Assalamualaikum kawan-kawan ku yg dikasihi ....hari ini dengan langit yg mendung aku berasa rajin la pulak nak tulis entry berkaitan dengan "CIRI-CIRI YANG ADA PADA DIRI PELAJAR CEMERLANG" ..mesti tahun ini ramai yg nak ambil SPM kan ....aku syor kan korang baca lah entry ni nehh ..

okay !! 

Kita selalu dengar pepatah Melayu berkata "sediakan payung sebelum hujan"betul tak? betul kan!! Pepatah Melayu ini mempunyai nilai yg tersirat yg begitu mendalam. Oleh itu, untuk melakukan sesuatu perkara kita perlulah bersedia terlebih dahulu ! betul tak ..huhu ^^   Orang yg sentiasa bersedia akan menghadapi sesuatu kemungkinan yg datang dengan mudah !! ..Okay lah ...ceramah banyak2 punn x guna juga kan..huhu...

okay sila baca satu persatu apa yg aku tulis ini nehh !!

Berikut adalah ciri-ciri pelajar cemerlang :


1. Kita perlulah sentiasa yakin pada potensi diri untuk menempah kejayaan dalam pendidikan ...Jika kita mempunyai sifat tersebut ... kita akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perbuatan ..
2. Kita perlulah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yg menjadi harapan kepada agama, bangsa dan negara ...betul tak .!! aku rasa betul !! contohnya , cikgu beri homework kepada kita ...kita perlulah bertanggungjawab menyelesaikan tugas yg diberi ...itu ape yg sya rasa lah...uhuhu ^^
3. Kita perlulah memberi tumpuan yg sepenuhnya kepada pelajaran yg kita ambil dalam kelas ....sebagai contohnya, jika kita tidak memberi tumpuan di dalam kelas ketika cikgu sedang mengajar ? Adakah kita dapat menguasai ape yg cikgu ajar ...betul tak ...!!
4. Yang ini aku rasa penting lah ...kenapa penting ? ya!! Kita perlu membuat persediaan awal tidak kiralah ujian @ exam ape yg akan ditempuh ....kerana dengan kita buat persediaan awal kita akan berasa senang untuk menjawab soalan yg diberi ....!!
5. Mempunyai peralatan alat tulis yg mencukupi ...( cikgu aku ada kata ? alatan tulis melambangkan senjata yang kita bawa untuk ke medan perang ,...kerana kita akan berperang dalam mengejar impian dan cita-cita. ....betul tak....fuhh tertarik gila dengan ape yg cikgu aku katakan ..huhu...mereben sudaaa ..hahah!! 
6. Setiasa menepati masa ..dan jangan kerap ponteng sekolah ..kerana kita akan ketinggalan ape yg dipelajari di sekolah...!!
7. Sentiasa menghormati guru kita....guru ibarat ibubapa kita disekolah kita kan.....so kita perlulah kormati guru kerana beliau lah yg memberi ilmu kepada kita...!!
8. Sering membuat " study group " .dengan kita membuat study group kita dapat berkongsi pendapat antara satu sama lain ....ini boleh mempercepatkan proses untuk memahami pelajran yg kita tidak tahu...betul tak kawan2....huhu !!
9. Hujung2 minggu korang tidak melakukan ape2 kan ? ...aku syorkan korang pergilah ke perpustakaan awam ...kerana disitu adalah tempat gedung ilmu ....bnyak ilmu yg boleh korang perolehi disitu kan ....^^
10. Membaca surat2 kabar yg ayah korang beli itu ...huhu,...kerana dalam surat kabar itu bnyk informasi terkini yg korang boleh dapt....seterusnya korang boleh jugak guna ayat2 yg ditulis untuk subjek BaHASA Melayu korang...huhu...!!
11. Kurangkan menonton televisyen kerana program2 yg ditayangkan banyak memberi efect dalam diri ....jika hendak menonton punn...tonton lah rancangan yg mendatngkan kebaikan dalam diri dan boleh memperolehi ilmu ...ini amat penting kerana otak kita dapat menangkap apa yg kita lihat dan perasaan ingin cuba itu bermain difikiran ...betul tak .!!
12. Menyediakan jadual waktu untuk korang study dirumah ...ini dapat memenuhi masa lapang korang dengan mengulang kaji pelajarann ....daripada berpoya2 di Pekan Rabu , City Plaza , dan tempat2 yg sama waktu denganya ...huhuhu!!
13. Sentiasa ikut program2 motivasi atau seminar yg diajurkan oleh pihak sekolah ...!!
14. Dan yg akhir sekali ....perlulah menjadi pelajar yg berdisiplin dan ada jati diri yg boleh membawa kita ke zon selesa untuk menghadapi peperiksaan yg akan ditempuh ....insyaallah !!!

Itulah yg boleh aku tulis dan aku harap korang bolehlah manfaatkan ape yg ditulis yeps!!
[masa masih ada , jangan sia-siakanya ]
"kerana masa itu emas "
 
tidak terlambat untuk aku ucapkan selamat menghadapi peperiksaan awam pada tahun ini!
moga sukses selalu...dan dapat mengharumkan nama sekolah dan nama sendir di persada antarabangsa ...insyaallah ....amin !!
 
MOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN
YANG NAK AMBIL UPSR MOGA DAPAT 5A

YANG NAK AMBIL PMR MOGA DAPAT 9A YEPS!!

YANG NAK AMBIL SPM MOGA KORANG DAPAT A+ OKAY !!
CHAIYOK , CHAIYOK , CHAIYOK


INSYAALLAH !!!

IKLAS DARI:
TALHAH COOL





SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...