Okaylah , malas nak panjangkan cerita , entry kali ini berkaitan dengan befday seorang senior kami iaitu Naiem , beliau ialah student School Of Marketing (S.O.M) tahap 3 senior . Befday dia kali ni rasanya paling best la kan, bak kata kawan-kawan dia . Pada suatu malam ni, kawan-kawan dia mengadakan satu suprise kat dia , benda ni, si naeim sendiri tak jangka akan berlaku, First sekali si Naeim ni dikejar oleh kawan-kawanya , lepas itu dia diikat dengan tali dan dibawa ke kelas untuk memulakan uapacara . hahah . Saya sebagai juru kamera malam tu pun turut sama dalam upacara itu. Nak dipendekkan cerita , selepas selesai makan kek , Si Naeim dibawa ke padang bola , dia diikat pada sebuah tiang di situ ,
Semua ini sebenarnya dirancang oleh kawan baiknya iaitu Abdul Rahman Ahmad Munawwar yang dikenali sebagai Rahman , dialah yang rancang semua ni . Tok dalangnya ialah Salehuddin yang dikenali sebagai Din . haha , Selepas itu , si Naeim dimandikan dan dibasahkan bajunya terlebih dahulu supaya memudahkan kerja untuk menampal tepung dimukanya . haha , Mula-mula tu kesian lah jugak bila tengok , tapi itu semua hanya kenangan yang tak dapat dilupakan kan . Betoi tak Naeim . heheh . Setelah bajunya basah disimbah air , barulah anak buah Rahman memulakan tugasnya menampal tepung gandum di muka , badan , dan kaki Naeim . Naeim meronta-ronta nak lari , tapi apakan daya , tangan dan kaki sudah diikat . haha .
Setelah seluruh badan Naeim keputih-putihan , Si Rahman mengeluarkan air yang sudah diperap selama 3 hari oleh Din . Korang nak tahu air itu dicampur apa ?? Nak kan, nak kan , nak kan, hahah , air yang dicampur cencaluk @ budu , tepung , abu rokok , dan bahan-bahan yang sama waktu dengannya . hahah . Serius aku habaq , memang busuk air itu sampai si Amir muntah berkali-kali . ha!! Korang nak bau air itu ,nak tak!! try lah korang campurkan bahan-bahan tadi , lepas tu perap 3 hari , tahulah baunya macam mana ? hahah . Naeim meronta-ronta akibat kebusukan air tersebut . Kesian gila tengok dia . HAHAHA .. lebih kurang 20 minit macam tu lah kawan-kawan dia kenakan Naeim.
Lepas tu , yang si Hasif ni dok gelak-gelakkan Naeim , tengok-tengok Hasif pula jadi mangsa keadaan pulak .. Depa kejar Hasif yang berpakaian baju T dan kain pelekat time tu . jenuh gelak kami dibuatnya . hahahah. tapi usaha Hasif tidak berjaya , mereka dapat kejar Hasif disebabkan Hasif terlanggar satu tiang di kawasan yang agak gelap . hahaha . dia juga dibawa ke tengah padang dan diikat bersama Naeim . Sekarang dah ada dua mangsa . hahahaha . mereka buat perkara yang sama dekat Hasif seperti Naeim. Aku time tu tengah pegang kamera , kalau tidak aku pun bakal jadi mangsa keadaan sekali pa !!hahaha , Setelah semuanya selesai , kami semua beredar dari kawasan tersebut membiarkan mereka berdua , TAPI !! ikatan itu berjaya dilepaskan dan Hasif dan Naeim terus mengejar kami untuk membalas dendam . Tunggu apa lagi , kami lari lintang pukang la jawabnya , Aku yang juru kamera ni pun , lari . sebab aku nampak mereka macam hantu pun ada , putih satu badan . mau tak lari . hahaha ..... Sebahagian sembunyi dalam dorm , sebahagian lagi masih berlari-lari diluar akibat dikejar oleh Naeim dan Hasif .. Aku bernasib baik hari itu , tak dikejar oleh mereka , sebab aku tukang rakam apa yang terjadi saja . hahaha .. Encik Fauzi pun lari, haha , lepas tu Encik Fauzi beri arahan supaya upacara ini diberhentikan . Takut perkara-perkara yang tidak diingini berlaku , Upacara kenakan Naeim berhenti dalam pukul 1 lebih macam tu lah .. Memang happening sungguh malam tu , kenangan yang tak dapat dilupakan lah buat si Naeim mahupun kami semua .
Okay , ini lah gambar-gambar yang sempat aku ambil . Selamat ketawa !!!!!
Inilah kek befday Naeim :) |
Yang baju oren tu lah Rahman, penganjur upacara ini , dan itulah Naeim mangsa keadaan . Putih satu badan kan . hahaha |
Yang pakai kain pelekat tu lah Hasif , mangsa keadaan time tu , pun kena ikat bersama Naeim . hehehe |
Air yang dalam baldi tu lah , yang dikatan busuk tu , bau die perghhhh , paham-paham jo lahh !!! |
Yang baju hitam tu lah Din , Tok Dalang . hahaha.. |
p/s : entry kali ini khas untuk Naeim Ibrahim sebagai kenangan yang tak dapat dilupakan . Segala kekurangan adalah dari saya sendiri dan perlu diperbaiki lagi . Kita jumpa di entry yang lain , sekian ~