Saturday, 28 January 2012

Kali ini aku nak kongsi resepi ngan korang.....resepinya ialah kuih bahulu ....aku cukup suka lah kuih bahulu sebab kuih ni lembut dan sedap bila dimakan...apa2 pun aku nak buat resepi kat bawah ni.....selamat membacanya k...(:

Cara-cara membuatnya :
Bahan-bahan:
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1/2 kilogram tepung gandum
Sedikit minyak.

Cara menyediakan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven tapi jangan terlalu lama, agak-agak hangat.
7. Bakar pada suhu bakar 200C sehingga bahulu kekuningan.




SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...