Monday, 30 July 2012




SELAMAT BERBUKA PUASA BLOGGER-BLOGGER SEMUA 
JANGAN LUPA BACA DOA YER .


SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Saturday, 28 July 2012

SELAMAT HARI LAHIR NAEIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera , apa khabar semua , mesti korang rasa bila masuk blog ini , benda yang sama je kan , mesti punya!!Almaklumlah sekarang nie sebuk sikit , hehe , Dah lama rasanya tak blogwalking blog ni kan !

Okaylah , malas nak panjangkan cerita , entry kali ini berkaitan dengan befday seorang senior kami iaitu Naiem , beliau ialah student School Of Marketing (S.O.M) tahap 3 senior . Befday dia kali ni rasanya paling best la kan, bak kata kawan-kawan dia . Pada suatu malam ni, kawan-kawan dia mengadakan satu suprise kat dia , benda ni, si naeim sendiri tak jangka akan berlaku, First sekali si Naeim ni dikejar oleh kawan-kawanya , lepas itu dia diikat dengan  tali dan dibawa ke kelas untuk memulakan uapacara . hahah . Saya sebagai juru kamera malam tu pun turut sama dalam upacara itu. Nak dipendekkan cerita , selepas selesai makan kek , Si Naeim dibawa ke padang bola , dia diikat pada sebuah tiang di situ ,

Semua ini sebenarnya dirancang oleh kawan baiknya iaitu Abdul Rahman Ahmad Munawwar yang dikenali sebagai Rahman , dialah yang rancang semua ni . Tok dalangnya ialah Salehuddin yang dikenali sebagai Din . haha , Selepas itu , si Naeim dimandikan dan dibasahkan bajunya terlebih dahulu supaya memudahkan kerja untuk menampal tepung dimukanya . haha , Mula-mula tu kesian lah jugak bila tengok , tapi itu semua hanya kenangan yang tak dapat dilupakan kan . Betoi tak Naeim . heheh . Setelah bajunya basah disimbah air , barulah anak buah Rahman memulakan tugasnya menampal tepung gandum di muka , badan , dan kaki Naeim . Naeim meronta-ronta nak lari , tapi apakan daya , tangan dan kaki sudah diikat . haha .

Setelah seluruh badan Naeim keputih-putihan , Si Rahman mengeluarkan air yang sudah diperap selama 3 hari oleh Din . Korang nak tahu air itu dicampur apa ?? Nak kan, nak kan , nak kan, hahah , air yang dicampur cencaluk @ budu , tepung , abu rokok , dan bahan-bahan yang sama waktu dengannya . hahah . Serius aku habaq , memang busuk air itu sampai si Amir muntah berkali-kali . ha!! Korang nak bau air itu ,nak tak!! try lah korang campurkan bahan-bahan tadi , lepas tu perap 3 hari , tahulah baunya macam mana ? hahah . Naeim meronta-ronta akibat kebusukan air tersebut . Kesian gila tengok dia . HAHAHA .. lebih kurang 20 minit macam tu lah kawan-kawan dia kenakan Naeim.

Lepas tu , yang si Hasif ni dok gelak-gelakkan Naeim , tengok-tengok Hasif pula jadi mangsa keadaan pulak .. Depa kejar Hasif yang berpakaian baju T dan kain pelekat time tu . jenuh gelak kami dibuatnya . hahahah. tapi usaha Hasif tidak berjaya , mereka dapat kejar Hasif disebabkan Hasif terlanggar satu tiang di kawasan yang agak gelap . hahaha . dia juga dibawa ke tengah padang dan diikat bersama Naeim . Sekarang dah ada dua mangsa . hahahaha . mereka buat perkara yang sama dekat Hasif seperti Naeim. Aku time tu tengah pegang kamera , kalau tidak aku pun bakal jadi mangsa keadaan sekali pa !!hahaha , Setelah semuanya selesai , kami semua beredar dari kawasan tersebut membiarkan mereka berdua , TAPI !! ikatan itu berjaya dilepaskan dan Hasif dan Naeim terus mengejar kami untuk membalas dendam . Tunggu apa lagi , kami lari lintang pukang la jawabnya , Aku yang juru kamera ni pun , lari . sebab aku nampak mereka macam hantu pun ada , putih satu badan . mau tak lari . hahaha ..... Sebahagian sembunyi dalam dorm , sebahagian lagi masih berlari-lari diluar akibat dikejar oleh Naeim dan Hasif .. Aku bernasib baik hari itu , tak dikejar oleh mereka , sebab aku tukang rakam apa yang terjadi saja . hahaha .. Encik Fauzi pun lari, haha , lepas tu Encik Fauzi beri arahan supaya upacara ini diberhentikan . Takut perkara-perkara yang tidak diingini berlaku , Upacara kenakan Naeim berhenti dalam pukul 1 lebih macam tu lah .. Memang happening sungguh malam tu , kenangan yang tak dapat dilupakan lah buat si Naeim mahupun kami semua .

Okay , ini lah gambar-gambar yang sempat aku ambil . Selamat ketawa !!!!!

Inilah kek befday Naeim :)


Yang baju oren tu lah Rahman, penganjur upacara ini , dan itulah Naeim mangsa keadaan .  Putih satu
badan kan . hahaha

Yang pakai kain pelekat tu lah Hasif , mangsa keadaan time tu , pun kena ikat bersama Naeim . hehehe


Air yang dalam baldi tu lah , yang dikatan busuk tu , bau die perghhhh ,  paham-paham jo lahh !!!

Yang baju hitam tu lah Din , Tok Dalang . hahaha.. 

p/s : entry kali ini khas untuk Naeim Ibrahim sebagai kenangan yang tak dapat dilupakan . Segala kekurangan adalah dari saya sendiri dan perlu diperbaiki lagi . Kita jumpa di entry yang lain , sekian ~

SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Wednesday, 18 July 2012

HIKMAH MANFAAT PUASA RAMADAN









Hikmah Puasa Ramadhan

1. Meningkatkan ketaqwaan
Sebagaimana firman Allah dalam Alquran, “Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (QS. Al-Baqarah: 183).
2. Meningkatkan rasa syukur atas segala nikmat Allah
Wahai orang-orang kaya, bersedekahlah kepada orang-orang fakir pada bulan Ramadhan mulia ini, memberilah seperti pemberian orang yang tidak takut miskin. Berdermalah dengan harta dan kebaikan kepada saudara-saudaramu yang membutuhkan, jadilah orang yang mensyukuri nikmat Allah. Rasulullah SAW telah bersabda: “Allah sungguh ridha pada hamba yang memakan makanan lalu memuji-Nya atas makan itu atau meminum minuman lalu memuji-Nya atas minuman itu” (HR. Muslim).
3. Orang yang berpuasa menyibukkan hatinya dengan pikir dan zikir.
Karena bila menuruti hawa nafsunya maka akan membuatnya lalai bahkan mengeraskan hati. Karena itu Rasulullah SAW mengarahkan untuk meringankan makan dan minum. Sabda Rasulullah : "Tidak ada wadah yang diisi penuh oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu suapan yang dapat menegakkan punggunya, jika dia tidak mampu, maka 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumnya dan 1/3 untuk nafasnya" (HR. Ibnu Majah).

Manfaat Puasa Ramadhan

1. Puasa merupakan terapi detoksifikasi atau pembersihan racun dari dalam tubuh.
Dengan puasa, berarti membatasi kalori yang masuk dalam tubuh kita sehingga menghasilkan enzim antioksidan yang dapat membersihkan zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.
2. Memperbaiki fungsi hormon dan meningkatkan fungsi organ tubuh.
3. Mendorong pergantian sel-sel tubuh yang rusak (peremajaan).



SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Saturday, 19 May 2012

KELEBIHAN WANITA BERTUDUNG



Sesungguhnya Allah telah mengaturkan segalanya itu demi kebaikan umat manusia. Ini telah dibuktikan dari segi sains:


1)Merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain'.

2.1)V.G. Rocine, seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada 108 suhu Farenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun.

2.2)Dalam artikel lain pula iaitu Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Reserch Institute Online, dinyatakan, "sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas".

4)Mereka yang memakai tudung tidak terpengaruh secara menyeluruh dengan pewarna rambut,menurut pakar sains ,pewarna rambut mempunyai bahan yang boleh merosakkan kulit kepala apabila terdedah dengan matahari dan kesejukan.haaaa..xsehat la rambut kita kan..

ALHAMDULLILAH..TERIMA KASIH YA ALLAH ♥ ^_^

Justeru,ini menunjukkan ada hikmahnya wanita diwajibkan memakai jilbab/bertudung ^_^ renung-renungkan dan selamat beramal ^_^


SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Friday, 18 May 2012



Palestin itu jauh dari kita
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?


SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Wednesday, 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU

Mari kita menyanyi bersama-sama ya kawan-kawan .
Buat guru-guru yang kita sayangi .



 Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin,
Putra putri negara kita.

Pada seri paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukun negara kita,
Panduan hidup kami semua.

Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu, membina,
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.

Terima Kasih Semua ...

SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Tuesday, 7 February 2012

Aku Sebuah Telefon Bimbit

Assalamualaikum semua yg baca , hari ini aku nak tulis entry pasal apa yg terjadi kepada telefon bimbit kesayanganku ... telefon yg aku guna bukanlah semahal telefon Black Berry or I Phone , hanya telefon bimbit Sony Ericsson W880i ...telefon bimbit itu dibeli oleh ayahku ..okay bermulalah kisah " Aku Sebuah Telefon Bimbit " ...baca nehh :)


Aku sebuah telefon bimbit yg berjenama sony ericsson w880i . Badanku dibuat daripada besi yg diukir dengan cantiknya oleh pengcipta aku. Aku dipamerkan di sebuah kedai menjual barangan elektronik di sebuah bandaraya. Setelah beberapa hari aku dipemerkan di kedai tersebut, ada seorang pemuda membelek-belek tubuhku dan pemuda itu menanyakan tentang hargaku kepada penjual aku. Aku berasa amat gembira kerana dalam banyak 'spesies' seperti aku, pemuda tersebut memilih aku dengan membayar RM450 kepada penjual aku. Aku berasa gembira sekali. 

Sejurus selepas itu aku dibawa pulang ke rumahnya. Tuan aku memberi aku kepada anaknya yg bernama Talhah. Aku berasa senang berada disampingnya. Tiap-tiap hari tuan aku yg bernama Talhah itu menjaga aku dengan baiknya. Dia membawaku kemana sahaja yg ditujuinya. Kawan-kawan tuan aku membelek aku dan mereka memuji aku dengan kecantikkan diriku dan kecanggihanku. Aku berasa bangga kerana mereka memujiku. Hatiku berasa senang apabila berada disamping tuanku.

Nak dipendekkan cerita, Pada suatu malam tuanku membawaku ke bilik tidurnya, sejurus tuanku menggunaku dengan mendengar MP3 dibadanku, tuanku tidak sengaja melepasku dan aku terjatuh dari katilnya lalu aku terdampar diatas lantai biliknya. Aku meraung kesakitan dan badanku calar. Tuanku terus mengambil ku dan melihat keadaanku. Aku tidak sedarkan diri dan sejak dari itu aku tidak dipedulikan lagi dan aku disimpan oleh tuanku didalam sebuah kotak yang sangat gelap dan panas. Aku tidak dipedulikan lagi, tuanku membawa keluar aku dan melihat sekejap-sekejap sahaja. Aku berasa sungguh sedih ketika itu.

Pada suatu hari itu aku mendengar perbualan tuanku bersama ayahnya yang mengatakan yang aku akan diperbaiki balik, hatiku berasa lega dan aku dibawa ke sebuah kedai perbaiki telefon bimbit di sebuah pasaraya. Badanku dirawat lebih kurang sehari. Keesokkan harinya tuanku datang mengambilku. Kos yang terpaksa tuanku tanggung sebanyak RM200 untuk membayar kerosakan badanku. Tuanku menjaga aku dengan berhati-hati kali ini. Dia membawaku kemana sahaja dia pergi dan menjaga aku. Kini badanku berasa lebih sihat dan aku akan diubah suai oleh tuanku dengan pakaian yang baharu. Hatiku berasa sangat gembira dan aku ingin bersama tuanku selamanya.

Sehingga kehari ini aku masih bersama tuanku, dan tuanku berkata dia tidak akan membuangku, dan dia akan menjagaku sehingga aku betul-betul uzur. Terima kasih tuanku, Aku sayangkan engkau !!!!



Okay itu sahaja kisah yang dihadapi oleh telefon bimbitku, macam mana seronok tak dengan entry aku kali ini, moga kita bertemu kembali dengan entry yang lain pulak. bye2 Assalamualaikum ^^

peace yaw !!


SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...