Tuesday, 7 February 2012

Aku Sebuah Telefon Bimbit

Assalamualaikum semua yg baca , hari ini aku nak tulis entry pasal apa yg terjadi kepada telefon bimbit kesayanganku ... telefon yg aku guna bukanlah semahal telefon Black Berry or I Phone , hanya telefon bimbit Sony Ericsson W880i ...telefon bimbit itu dibeli oleh ayahku ..okay bermulalah kisah " Aku Sebuah Telefon Bimbit " ...baca nehh :)


Aku sebuah telefon bimbit yg berjenama sony ericsson w880i . Badanku dibuat daripada besi yg diukir dengan cantiknya oleh pengcipta aku. Aku dipamerkan di sebuah kedai menjual barangan elektronik di sebuah bandaraya. Setelah beberapa hari aku dipemerkan di kedai tersebut, ada seorang pemuda membelek-belek tubuhku dan pemuda itu menanyakan tentang hargaku kepada penjual aku. Aku berasa amat gembira kerana dalam banyak 'spesies' seperti aku, pemuda tersebut memilih aku dengan membayar RM450 kepada penjual aku. Aku berasa gembira sekali. 

Sejurus selepas itu aku dibawa pulang ke rumahnya. Tuan aku memberi aku kepada anaknya yg bernama Talhah. Aku berasa senang berada disampingnya. Tiap-tiap hari tuan aku yg bernama Talhah itu menjaga aku dengan baiknya. Dia membawaku kemana sahaja yg ditujuinya. Kawan-kawan tuan aku membelek aku dan mereka memuji aku dengan kecantikkan diriku dan kecanggihanku. Aku berasa bangga kerana mereka memujiku. Hatiku berasa senang apabila berada disamping tuanku.

Nak dipendekkan cerita, Pada suatu malam tuanku membawaku ke bilik tidurnya, sejurus tuanku menggunaku dengan mendengar MP3 dibadanku, tuanku tidak sengaja melepasku dan aku terjatuh dari katilnya lalu aku terdampar diatas lantai biliknya. Aku meraung kesakitan dan badanku calar. Tuanku terus mengambil ku dan melihat keadaanku. Aku tidak sedarkan diri dan sejak dari itu aku tidak dipedulikan lagi dan aku disimpan oleh tuanku didalam sebuah kotak yang sangat gelap dan panas. Aku tidak dipedulikan lagi, tuanku membawa keluar aku dan melihat sekejap-sekejap sahaja. Aku berasa sungguh sedih ketika itu.

Pada suatu hari itu aku mendengar perbualan tuanku bersama ayahnya yang mengatakan yang aku akan diperbaiki balik, hatiku berasa lega dan aku dibawa ke sebuah kedai perbaiki telefon bimbit di sebuah pasaraya. Badanku dirawat lebih kurang sehari. Keesokkan harinya tuanku datang mengambilku. Kos yang terpaksa tuanku tanggung sebanyak RM200 untuk membayar kerosakan badanku. Tuanku menjaga aku dengan berhati-hati kali ini. Dia membawaku kemana sahaja dia pergi dan menjaga aku. Kini badanku berasa lebih sihat dan aku akan diubah suai oleh tuanku dengan pakaian yang baharu. Hatiku berasa sangat gembira dan aku ingin bersama tuanku selamanya.

Sehingga kehari ini aku masih bersama tuanku, dan tuanku berkata dia tidak akan membuangku, dan dia akan menjagaku sehingga aku betul-betul uzur. Terima kasih tuanku, Aku sayangkan engkau !!!!



Okay itu sahaja kisah yang dihadapi oleh telefon bimbitku, macam mana seronok tak dengan entry aku kali ini, moga kita bertemu kembali dengan entry yang lain pulak. bye2 Assalamualaikum ^^

peace yaw !!


SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

2 comments:

Saya mEmang suka Menuliz:D said...

panjang betul autobiografinya...saja jalan-jalan sini =)

talhah wmt94 said...

huhuhu ... panjang ea ... sje2 nak cerita pasal telefon bimbit saye ..!! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...