Thursday 16 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

PART 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,
 rasa happy sangat lah nak tulis entry harini , 
entry hari ini berkaitan dengan sambutan menyambut hari kemenangan bagi umat islam iaitu Hari Raya Aidilfitri.
 Bermulalah cerita !!!!

Pejam celik , pejam celik , dah nak raya kan , cepat benar masa berlalu , Aku pun dah tak sabar nak balik kampung ni , aku belajar dekat Sungai Petani,  Kampung halaman ku di Alor Setar jer .. umah tok aku ya la kat pahang .. tapi tahun ni keluarga kami plan nak beraya di kampung belah ayah jer di Kedah .. Raya haji kot belah mak pulak .. huhu.. Kawan-kawan aku kebanyakkan dari Selangor , Kelantan ,Perak , Terengganu , Johor, dan lain-lain. Mesti best kan balik kampung dalam perjalanan yang jauh , Moga-moga  mereka selamat sampai ke destinasi yang ditujui , Amin ...  

Kejap lagi , tiba lah pulak turn aku nak balek kampung , rindu giller kat mak ayah .. tak sabar rasanya .. tak sabar nak beraya rumah kawan-kawan , nak makan banyak-banyak , nak kutip duit raya =,= .(beso dah) . hehe .. tapi raya tahun ini bagi aku kurang sikit meriah sebab assignment banyak la pulak kena siap .. heheh .. tapi apakan daya itu sudah tanggungjawab sebagai seorang pelajar, kan .. so kena siap jugak lahh .. dont worry be happy .. raya-raya jugak , assignment kena siap lah .. huhu .. berbalik kepada cerita raya ni .. setiap kali aku dengar lagu raya berkumandang di corong-corong radio , mesti rasa berbuak-buak dalam diri ni , rasa semangat giller nak raya , aku rasa korang pun begitu jugak kan !! .. ==' ..lagi-lagi time pengumuman raya di televisyen , lagi best , kan .. hahah .. (berkumpul ramai-ramai depan TV --> bersedia --> bila dah umum --> jerit --> lompat tinggi-tinggi --> pastu sorak "esok raya esok raya" )... best la kan , menanti saat itu .. hahaha ... 

Bila time malam raya pulak , dengar pulak takbir raya berkumandang , perghh .. best siot .. tapi !!! bila aku dengar takbir , rasa sayu jer dalam diri ni .. teringat pulak kat tokwan aku yang sudah lama meninggalkan kami .. biasanya kalau raya , mesti best kalau tokwan ada sekali , tapi apakan daya , itu semua sudah tertulis , yang hidup pasti akan mati .:(. moga roh tokwan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman .. Amin Ya Rabbal A'lamin ... !!

Okay lah , setakat itu dulu cerita untuk part yang pertama , tunggu selepas raya iaitu part yang kedua pulak muncul .. hehe ..  


DI KESEMPATAN INI , SAYA SEBAGAI TUAN RUMAH INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA BLOGGER-BLOGGER YANG SAYA HORMATI , SERTA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG MENGENALI SAYA DAN KEPADA KAWAN-KAWAN KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA - WAKIL PEMASARAN - SEKOLAH PEMASARAN FAMA TAHUN 2012 . 



p/s : tunggu next part yer .. :) 

Terima Kasih ^^






SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

1 comment:

Unknown said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.semoga lebaran yang bakal menjelang ini memberi kegembiraan dan keceriaan kpd kita semuaa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...