Wednesday 7 December 2011

TANGGUNGJAWAB SUAMI

Tanggungjawab Suami
Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan ialah:

1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.

2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.

3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)

4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.

5. Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

6. Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi, seperti pendidikan, pakaian, tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.

7. Memenuhi keperluan nafkah batin. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)

8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

9. Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.

SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...