Friday, 28 October 2011

Bacaan-bacaan wajib dalam solat (Talaqqi)


Bacaan yang menjadi rukun solat

1) Takbiratul-Ihram
2) Surah Al-Fatihah
3) Bacaan Tahhiyat Akhir
4) Bacaan Selawat pada Tahhiyat Akhir
5) Salam yang pertama

Ada 5 kesemua nya. Ni rukun tang bacaan sahaja tau. B-A-C-A-A-N. Jadi kena betul dan tepat bacaan nya. Tiada yang lain selain betul dan tepat belaka.

Syarat bacaan dalam solat

1) Disyaratkan membaca Al-Quran dalam bahasa Arab sepertimana ianya diturunkan ke atas Rasulullah SAW

(Bagaimana kita mahu diction dan pronounciation dalam Bahse Inggeris harus betul, begitu juga diction dan pronounciation dalam bahse Arab juga harus betul dan tepat ye)

2) Disyaratkan juga membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dalam bahasa Arab. Tidak boleh membaca terjemahan Surah Al-Fatihah sebagai ganti bacaan.

(Maksud di sini tidak boleh baca dalam tulisan Rumi. Sebab bila kita baca terjemahan 'makhraj' dan 'mad' dia akan lari. Oleh itu kita dituntut supaya belajar bahse Jawi dan Arab jika tidak tahu)

3) Bacaan hendaklah sekurang-kurangnya boleh didengari oleh telinga pengucap itu sendiri.

(Ok yang ni. Gi mana anda membaca bacaan dalam solat? Biasa orang pompuan baca slow seolah berbisik kan? Bacaan berbisik TIDAK BOLEH ya puan-puan sebab makhraj seme akan menjadi 'ha'. Kemdian baca dalam hati TIDAK SAH solat ya. Bacaan harus kita dapat dengar kat telinga kita. Cth kalau kita solat jemaah baca kuat akan ganggu makmum sebelah, Ustaz bilang lebih kurang terlupa plak...ada orang boleh tahan bunyi tv atau radio, apa sangat kalu member sebelah baca kuat kejap...member sebelah pun agak-agak la kuat nya...cukup sekadar dengar di telinga...waullahualam...)

Peringatan!!! (ada gak dalam buku siap ngn tanda seruan)

1) Kesalahan bacaan dalam sembahyang boleh menyebabkan sembahyang seseorang itu terbatal

(Ok yang ni, bacaan sunat kalau salah, BATAL solat. Jadi makanya bacaan yang sunat nak kena perbetolkan jugak, kalu tak tak payah baca sebab sunat)

2) Bacaan wajib hendaklah diutamakan terlebih dahulu (utamakan yang 5 rukun di atas dulu)

3) Wajib mempelajari bacaan-bacaan dalam solat dengan seberapa segera (jangan ditangguhkan)

4) Jika terbatal solat imam, maka solat makmum juga terbatal

5) Pemilihan Imam – hendaklah mengutamakan mereka yang betul bacaan nya

6) Berdosa bagi seseorang yang menjadikan dirinya sebagai imam jika terdapat orang yang lebih baik (lebih betul) bacaan daripadanya

7) Haram mengikut imam yang diketahui telah mencacatkan syarat sah dan rukun sembahyang (kalau tahu terus niat keluar berjemaah)

8) Tidak sah mengikut imam yang salah bacaan solat dengan sengaja
a) Sedar kesalahan yang dilakukan tetapi tidak membetulkannya
b) Tidak membaiki bacaan setelah ditegur oleh mereka yang Arif.

Ciri-ciri kesalahan nyata (kesalahan besar)

- kesalahan yang berlaku pada sebutan huruf & tanda bacaan sama ada membawa kepada perubahan makna atau tidak
- kesalahan ini dihukumkan haram dan berdosa jika disengajakan ataupun tidak
- ada 7 kesalahan semuanya

1) Kesalahan pada huruf
a) Tertukar sebutan sesuatu huruf kepada huruf-huruf yang lain (boleh mengubah makna)
b) Tertukar sebutan huruf hijaiyyah kepada yang bukan hijaiyyah

2) Kesalahan pada baris
a) Tertukar sesuatu bacaan baris kepada baris yang lain

3) Kesalahan pada tanda Sukun (tanda mati)
a) Membariskan huruf yang sukun (mati)
b) Mematikan bacaan huruf yang berbaris

4) Kesalahan pada bacaan Mad (asli)
a) Menghilangkan bacaan Mad asli
b) Memanjangkan bacaan yang bukan bacaan Mad

5) Kesalahan dalam bacaan Tasydid (Sabdu)
a) Meninggalkan bacaan tasydid pada bacaan yang bertasydid
b) Mentasydidkan bacaan yang tidak bertasydid

6) Mengurangkan atau menembahkan bacaan huruf
a) Mengurangkan bacaan sesuatu huruf pada perkataan
b) Mengurangkan bacaan huruf pada satu-satu ayat

7) Kesalahan dalam riwayat (tiada dalam riwayat)
Wajib membaca Al-Quran dengan salah satu daripada riwayat yang mutawattir. Jika bacaan tiada dalam riwayat maka bacaan sebagai Al-Quran tertolak

Ciri-ciri kesalahan tidak nyata (kesalahan kecil)

- kesalahan tidak melibatkan sebutan huruf dan tanda bacaan tetapi hanya melibatkan kesempurnaan bacaan Al-Quran dan tidak menyebabkan berlakunya perubahan makna
- kesalahan ini tidak dihukumkan haram tetapi dihukumkan makruh sahaja namun begitu kesalahan ini boleh menjadi haram jika dilakukan dengan sengaja dengan meremehkannya sedangkan dia tahu akan bacaan yang betul

1) Tidak menyempurnakan bacaan dengung dengan kadar yang ditetapkan ulama tajwid

2) Tidak menyempurnakan bacaan mad far’ie mengikut kadar yang telah ditetapkan ulama tajwid

3) Tidak menyempurnakan bunyi sebutan baris
- Baris di atas (bunyi seperti imalah Kubra atau Sugra, bunyi bacaan tafhim pada huruf yang bukan tafhim)
- Baris di bawah (bunyi seperti bacaan Imalah Kubra)
- Baris dihadapan (hendaklah disempurnakan dengan memuncungkan atau membulatkan mulut, sebutan baris dhommah berbunyi 'O' terutama pada perkataan Tum dan Kum

4) Tidak menyempurnakan bacaan Tarqiq (nipis) dan Tafhim (tebal)
- bacaan pada Lam Lafzul Jalalah (yang ni huruf 'Lam' pada perkataan Allah nak baca nipis atau tebal)
- bacaan pada huruf Ro

5) Mencampur adukkan riwayat dalam satu ayat atau surah
- Makruh mencampurkan berbagai-bagai wajah bacaan walaupun dalam riwayat yang sama (Contoh : Mad Arid Lissukun ada 2, 4 dan 6 harakat. Kena pilih satu. Kalau baca 2 harakat dari awal ayat kena sama sampai akhir ayat. Tak boleh sukati campur kejab 2 harakat, kejab 4, kejab 6 harakat)
- Makruh mencampurkan bacaan berbagai riwayat dalam satu-satu bacaan
- Bahkan lebih makruh mencampurkan bacaan berbagai riwayat dalam satu ayat.

Di sini satu contoh yang kesalahan bacaan kerap berlaku dalam bacaan tahhiyat akhir ayat kedua

SUKE DENGAN ENTRY INI ? SILA LIKE DAN KOMEN YEPS !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...